Home Berita PAS Terengganu

Enam kawah gulai habis dalam tempoh dua jam

631
SHARE

Oleh : RR

SETIU – Hanya dalam masa dua jam, enam kawah gulai ‘habis licin’ pada majlis jamuan Rumah Terbuka Raya Aidilfitri DUN Langkap.

Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, kehadiran diluar jangka pada tahun ini berbanding dahulu.

“Alhamdulillah, hari ini program berjalan dengan baik kalau ikut kehadiran tu diluar jangka sebab dari segi makanan yang kita sediakan habis,

“Minta maaf banyak (kepada yang tak sempat),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap, Sungai Tong, pada semalam.


Justeru itu, beliau juga mengucapkan terima kasih Kepada semua para petugas Dan JPKK yang banyak membantu melancarkan program ini.

“Terima kasih banyak kepada seluruh pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) program dan terima kasih kepada seluruh JPKK atas kerjasama yang baik sepanjang persiapan kita selama dua minggu sebelum program.

“Kita ada program besar lagi pada 25 , 26 dan 27 hb TMBS satu lagi jamuan rakyat,” ujar beliau.

Beliau turut mengulas mengenai persiapan Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.

“Insya Allah setakat ini PRN boleh dikatakan seluruh jentera kita bersedia dan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) baru ini petugas kita masih lagi bersemangat.

“Jangkaan kita kekalkan Terengganu PAS memerintah insya Allah dan DUN Langkap kalau ikut perkembangan baru-baru ini insya Allah dengan mood yang ada ini,” tambah beliau.