Oleh: Aizal Samsaruddin
23 April 2023
SANDAKAN: PAS akan sentiasa konsisten membawa isu perkampungan atas air agar pihak kerajaan memberikan pengiktirafan sebagai perkampungan yang sah sebagaimana pengiktirafan yang diberikan kepada beberapa kawasan perkampungan atas air di tempat lain. Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid.
Menurutnya, penduduk disekitar perkampung atas air ini sentiasa dihantui dilema perobohan rumah seperti yang telah berlaku sebelumnya di seluruh Sabah
“Sekurang-kurangnya penduduk di sini dapat tinggal dalam keadaan tenteram dan selesa, tidak lagi takut dengan isu perobohan rumah,” jelas Sahar ketika berucap dalam program sumbangan bakul Ramadan di Kampung Forest Sandakan dekat sini selasa lalu.
50 keluarga telah menerima sumbangan pek bakul Ramadan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Sandakan.
Turut hadir Ummu Syifa Tasman, Ketua Dewan Muslimat PAS Sandakan serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Kawasan Sandakan