Oleh: Ibnu Nas
18 April 2023
KINABATANGAN: As-Sabiqun PAS Kawasan Kinabatangan telah menganjurkan majlis berbuka puasa buat kali pertama selepas penubuhannya di Kg. Lot M, disini hari ini.
Pengerusi As-Sabiqun, Inah Tuton berkata iftar ini adalah untuk meraikan rakan seperjuangan dalam parti di kawasan Kinabatangan ini.
“Ini merupakan medan untuk kita mengumpulkan kekuatan dan mengeratkan ukhwah Islamiyah sesama pejuang-pejuang PAS Kinabatangan yang sudah sekian lama dalam arena politik tempatan, khususnya dalam kalangan golongan veteran di sini,
“Moga pertemuan pada kali ini dapat diteruskan pada masa akan datang sekali gus meningkatkan keahlian As-Sabiqun,” jelasnya lagi.
Beliau yang juga merupak mantan Yang Dipertua PAS Kinabatangan sesi sebelum ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kehadiran ke majlis tersebut.
Turut hadir dalam iftar itu, Ustaz Baitul Makmur, antara pendakwah terawal di bumi Kinabatangan, Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur, AJK Pemuda dan PAS kawasan.