Home Berita PAS Sabah

718 murid PASTI ceria terima duit raya

82
SHARE


Oleh : Fadilah Nordin
18 April 2023

SEPANGGAR: 718 orang murid PASTI Sepanggar ceria menerima duit raya hasil sumbangan orang ramai.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Sepanggar, Ah Rizal Latif, program itu dilaksanakan setelah perbincangan spontan bersama pemuda PAS Sepanggar, lalu direalisasikan melalui kutipan selama 4 hari.

“Alhamdulillah, ibu bapa PASTI dan orang ramai memberi respon yang baik dan mengambil bahagian dalam program ini bahkan menyumbang lebih,” ujarnya ketika menyampaikan duit raya di 14 premis PASTI Sepanggar, semalam.

Program Edaran Duit Raya PASTI Sepanggar itu dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Prihatin Kanak-kanak Sepanggar (PERKEPS).

Turut hadir semasa serahan duit raya itu, Pengurus Pasti Sepanggar, Afiq Norddin dan Pengerusi PERKEPS, Hasruddin Syamsuddin.