-
Oleh : Nur Syarifah Ariffin
TAWAU : Pengorbanan dan bakti para guru dan Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) PASTI amat dihargai.
Oleh itu PASTI Kawasan Tawau telah memberi saguhati kepada mereka sempena Hari Raya Aidil Fitri yang tidak lama akan menjelang.
Pengerusi PASTI Tawau Irwan Hamdan berkata , 87 guru serta KTBM itu telah meneruma bonus sebagai tanda menghargai guru-guru dan KTBMyang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2022 .
“Pihak pengurusan PASTI berharap dengan adanya pemberian ini dapat meringankan mereka dalam membuat persiapan raya”, kata Irwan selepas menyerahkan bonus raya tersebut di Pejabat PASTI Tawau, di sini, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Majlis Guru PASTI (MGP) Tawau , Cikgu Hasni Latif ketika ditemui menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas pemberian tersebut.
“Syukur ke hadrat Allah atas nikmat pemberian ini kerana dengan pemberian dapat membuat kami mengukir senyuman dan kegembiraan.
Manakala 53 hamper telah diberikan kepada mudir-mudir , Ahli Jawatankuasa (AJK) dan mantan AJK PASTI.
Turut hadir , Timbalan Pengerusi 2 PASTI Tawau , Ramlee Arase.
PASTI Kawasan TAWAU kini mempunyai 26 buah PASTI dan 82 guru dengan jumlah pelajar menjangkau 3 ribu orang pelajar