Oleh: Aizal Samsaruddin
17 April 2023
SANDAKAN: Penghantar makanan gembira apabila disantuni PAS Libaran di Bandar Perdana, Batu 7 Sandakan dekat sini, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Sabah, Khayrul Yunus berkata, PAS Libaran itu telah menyantuni sekaligus menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada petugas penghantar makanan.
“Merekalah yang banyak membantu memudahkan urusan kita untuk mendapatkan juadah dengan mudah.
“Syukur alhamdulillah, kita dapat berkongsi rezeki bersama mereka melalui program ini,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Khayrul turut mendoakan semoga semua ‘riders’ sentiasa dalam lindungan Allah sepanjang menjalankan tugas di atas jalan raya.
Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Libaran, Aqmady Hamsi serta beberapa ahli jawatankuasanya.