Oleh: Nurfatiha Mohamad
13 April 2023
KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan kinabatangan telah turun mengagihkan Bakul Ramadan ke rumah asnaf di Kg Jaya baru.
Program kali ini diketuai oleh Naib Yang di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Tieya Pudding bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla dan ahli jawatankuasa PAS kawasan Kinabatangan.
Menurut Jumaidin, program ini sudah menjadi tradisi PAS Kawasan Kinabatangan setiap tahun dalam bulan Ramadan.
“Tujuan kami mahu memberi sumbangan kepada penduduk yang memerlukan terutamanya golongan asnaf di sekitar Kampung Jaya baru seterusnya merapatkan lagi hubungan masyarakat kepada PAS Kawasan Kinabatangan,” katanya lagi.
Selain Kg Jaya baru, PAS Kawasan Kinabatangan juga berkesempatan untuk menyantuni golongan asnaf di Kg Warisan.
Rata-rata penerima sumbangan bakul Ramadan menzahirkan ucapan terima kasih dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan.
Orang awam dialu-alukan untuk turut serta dengan menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Tetuan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan 1213429000060996