Home Berita PAS Terengganu

Paduka Anakanda Sultan Terengganu bertemu rakyat di bazar ramadan

530
SHARE

KUALA TERENGGANU – Para pengunjung serta peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, begitu teruja apabila Anakanda-anakanda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli lokasi tumpuan itu, petang semalam.

Pengusaha makanan Putu Bambu, Muhamad Hafizul Hakim Mohd Afzal,28, bersama rakan-rakannya, Muhammad Nur Irsyad Mohd Amran,18 dan Abdul Azim Wais Zamri,18 amat berterima kasih atas kunjungan baginda itu.

“Kami rasa bangga dengan kedatangan tuanku, lebih-lebih lagi baginda turut berkenan menjual putu bambu di gerai kami kami,” katanya.

Selain beramah mesra ingin mengetahui akan juadah-juadah yang dijual, paduka anakanda -anakanda turut menyampaikan kurnia kepada kanak-kanak serta berkenan berswafoto bersama sebahagian pengunjung ketika bertemu rakyat yang berada di sana.

Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin pada sekitar jam 5.30 petang diiringi kekandanya, Tengku Puteri Utama Raja serta adinda-adindanya, Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja.

Keberangkatan tiba baginda disambut Setiausaha Kerajaan Negeri; Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT); Rosli Latif, pegawai daerah Kuala Terengganu, Ahmad Faris Abdul Razak serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Yang di-Pertuan Muda Terengganu bersama paduka anakanda -anakanda berangkat pada pada jam 6.10 petang.