Home Berita PAS Terengganu

137 Anak yatim dirai

14
SHARE

DUNGUN – Seramai 137 orang anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi diraikan dalam majlis berbuka puasa.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, majlis itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan tersebut serta meraikan mereka yang kurang bernasib baik.

“Syukur kehadrat ilahi di atas peluang yang diberikan untuk bersama meraikan anak-anak yatim di Bukit Besi pada Kali ini.

“Dengan sumbangan duit raya (diharapkan) sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan adik-adik sekalian, ” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Oleh itu, beliau berharap program itu mengundang keberkatan dan dapat memberikan ‘sedikit senyuman’ buat mereka yang telah kehilangan orang tersayang.

“Terimalah juadah berbuka yang terhidang buat adik-adik, pohon kemaafan jikau ada yang terkurang.

“Kami cuba (buat) yang terbaik dan (mengharapkan) sekurang-kurangnya ada keberkatan di setiap majlis yang diadakan,” ujarnya lagi.