Home Berita PAS Sabah

Sumbangan Turkiye bantu ringankan beban mangsa

157
SHARE

MOHD AJRUL HADI BIN ISMAIL
3 April 2023

KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah mengadajan kempen mencari sumbangan bagi membantu mangsa gempa bumi dan banjir di Turkiye.

Dengan kerjasama dari Pertubuhan Sabah Relief, Keningau Sejahtera dan Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi telah berjaya mengumpul dana dan menyerahkan kepada Ustaz Yusni Mat Piah, Duta Pertubuhan Sejagat Relief.

Kempen selama seminggu ini telah melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Keningau dan telah mengumpul dana yang banyak bagi membantu misi sumbangan Turkiye.

Penyerahan sumbangan telah disampaikam oleh Abdul Hisham Othman, Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana di Turkiye dan Iftar Perdana.

Ustaz Yusni Mat Piah merakamkan jutaan terima kasih atas bantuan dan sokongan dari penduduk tempatan atas sumbangan yang diberikan

Beliau berharap agar para hadirin teruskan semangat bantu membantu terutama sepanjang bulan Ramadan.

Hadir bersama dalam majlis ialah Dr. Aliakbar Gulasan, Setiausaha PAS Sabah.