Home Berita PAS Sabah

PASTI edar juadah berbuka

352
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
2 April 2023

LAHAD DATU: PASTI Al-Falah telah mengedar 150 bungkus juadah berbuka puasa berbentuk berobbok yang merupakan makanan tradisi kaum Bugis, di sini, semalam.

Menurut Guru Kanan PASTI Al-Falah, Hidayah Mohamed Yusof, program itu bertujuan untuk memasyarakatkan PASTI kepada khalayak ramai.

“Melalui edaran ini, orang ramai mengetahui bahawa PASTI bukan sahaja sebuah institusi pendidikan prasekolah malah terlibat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

“Melalui program ini juga, dapat mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli jawatankuasa, guru serta ibu bapa kerana kami saling tolong-menolong dan membantu menyiapkan juadah tersebut,” ujarnya ketika di temubual.

Hidayah mengharapkan, semoga program sebegini dapat diteruskan dan lebih ramai lagi ibu bapa yang bermurah hati memberi sumbangan dalam menjayakan program pada masa akan datang.

Turut hadir Ahli Majlis Lahad Datu, Nizam Latuah, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS kawasan, Landari Labobo dan Syahidah Mokhtar serta Mudir PASTInya, Ustaz Nazir.

Sementara itu, PASTI Permata Kasih, Bandar Sahabat turut mengadakan edaran juadah berbuka puasa.

Sebanyak 230 bungkus bubur lambuk dan air sirap limau telah diedarkan sekitar Desa Kencana yang melibatkan orang awam, RELA, JPAM, Polis, Maritim serta pengawal keselamatan Bandar Wilayah, felda dan kilang angkut.

Turut hadir Mudir PASTInya, merangkap Ketua Pemuda Cawangan Tungku, Arraffie Asgari.