Home Berita PAS Terengganu

300 Ceria terima juadah berbuka

16
SHARE

DUNGUN – 300 keluarga ceria menerima bubur kacang iaitu juadah berbuka yang diagihkan oleh Muslimat DUN Rantau Abang dari rumah ke rumah di Kampung Baru dan Rhu Batil.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat DUN, Serena Lim Abdullah yang teruja melihat keceriaan setiap tuan rumah yang menyambut kehadiran mereka membawa makanan tradisi bulan puasa orang Melayu itu.

“Walaupun tidak banyak mana, tetapi raut wajah mereka kelihatan sangat gembira dan bersyukur apabila kami hulurkan juadah tersebut”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini selepas agihan tersebut pada 25 Mac lalu yang melibatkan Unit Daerah Mengundi Kuala Abang di sini.

Menurutnya, program itu merupakan acara tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan dimana kali ini muslimat bergotong royong menyediakannya di Masjid Pulau Serai.

“Selepas itu di sebelah petang kita mengedarkannya sambil nenyantuni masyrakat sempena bulan Ramadan, bulan yang mulia dan barakah ini”, sambungnya lagi.