Home Berita PAS Terengganu

141 Imam dan Bilal terima bantuan ‘One-Off’ RM28,200

267
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri hari ini menyerahkan bantuan ‘one-off’ bernilai RM28,200 kepada 141 imam dan bilal di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif di bawah skim mubaligh itu dilaksanakan bagi menghargai jasa 80 imam dan 61 bilal.

“Sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap imam dan bilal di negeri Terengganu, kerajaan negeri telah meluluskan bayaran bantuan ‘one-off’ ini, masing-masing menerima sebanyak RM200 seorang.

“Saya berharap agar imam dan bilal akan terus berperanan menjadi institusi majid depan penuh beramanah menggalas tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) supaya peranan institusi ini dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan tersebut, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman (WDI), di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri mengharapkan agar para imam dan bilal dapat berperanan dengan lebih baik pada Ramadan pada tahun ini dengan memandu masyarakat mengimarahkan masjid.

Ketika ditanya mengenai masjid atau surau yang ingin menggunakan imam dari luar negara,beliau berkata kerajaan negeri tidak menghalang namun pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk memutuskannya.

“Kena tanya MAIDAM ada atau tidak permohonan (menggunakan imam luar negara) sebab tidak diuruskan oleh pihak kerajaan negeri secara terus ia bergantung kepada tapisan yang dibuat oleh agensi terbabit,” ujarnya.