DUNGUN – Lebih 200 orang peserta menyertai Program Gunting Rambut Perdana yang diadakan secara percuma di tiga lokasi berbeza di DUN Rantau Abang.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata program tahunan anjuran Pemuda PAS DUN tersebut memang sentiasa dinanti-nantikan oleh ibubapa dan pelajar – pelajar.
“Apa tidaknya, mereka dapat menjimatkan kos untuk gunting rambut, bayangkan kalau satu keluarga ada anak lelaki semuanya yang bersekolah, kalau ada lima orang lelaki, dah brape jimatkan,” ujarnya yang turut memuji usaha Pemuda mengadakan program kebajikan itu.
Beliau berkata demikian selepas meninjau perjalanan program itu di salah satu lokasi di Markaz PAS Balai Besar di sini pada 16 Mac lalu.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda DUN itu, Ustaz Muhaimin Nasir berkata program yang terbuka kepada kanak-kanak berumur enam hingga 17 tahun itu,
memdapat sambutan yang sangat baik dan peningkatan berbanding tahun lepas yang hanya 160 orang.
“Alhamdulillah, kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan yang amat baik daripda semua lapisan masyarakat khususnya di mana di setiap lokasi iaitu Batu Tiong di MZ Kedai Gunting, Markas PAS Balai Besar dan Balai Raya Burung Baru, kita menerima banyak penyertaan,
Katanya, Pemuda PAS DUN Rantau Abang mengambil inisiatif untuk memberi kebajikan kepada kanak-kanak dan murid yang akan memulakan sesi persekolahan baharu.
“Program rutin tahunan ini akan diteruskan pada masa akan datang dan akan ditambah baik,” ujarnya lagi