Pergerakan Hamas memberi amaran kepada Israel terhadap sebarang pelanggaran di perkarangan Masjid al-Aqsa semasa bulan suci Ramadan, di tengah-tengah ketegangan baru di wilayah yang diduduki.
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Salah al-Aruri berkata, risiko penentangan sepenuhnya akan berlaku sekiranya terdapat pencabulan rejim yahudi di seluruh Palestin dan di Masjid al-Aqsa.
Apa sahaja percubaan oleh Tel Aviv untuk melalkukan sebarang pencerobohan di tapak suci umat Islam itu ketika bulan puasa akan disambut dengan “reaksi keras rakyat kita, tambahnya.
Beliau memberi peringatan itu kerana Ramadan sering kali bertepatan dengan peningkatan keganasan antara Palestin dan Israel, terutamanya di al-Aqsa, tapak ketiga paling suci Islam.
Pada Ramadan lalu, menurut beliau, di bawah perlindungan tentera Israel, peneroka telah menyerbu al-Aqsa dengan ganas, menyerang jemaah Palestin di dalam kawasan itu.
“Hamas memantau dengan teliti langkah-langkah yang diambil [oleh Israel] untuk menduduki al-Quds. Kesabaran kami semakin berkurangan,” kata Aruri sambil menekankan bahawa kumpulan yang berpangkalan di Gaza itu .
Untuk rekod, pada bulan Januari, menteri keselamatan sayap kanan Israel Itamar Ben-Gvir memasuki halaman Masjid al-Aqsa dalam satu tindakan yang sangat provokatif.
Rakyat Palestin mengecam pencerobohan itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan status quo sejarah al-Aqsa.
Lawatan Yahudi ke al-Aqsa dibenarkan, tetapi penyembahan bukan Islam adalah dilarang mengikut perjanjian yang ditandatangani antara Tel Aviv dan kerajaan Jordan selepas pendudukan Israel di Timur al-Quds pada tahun 1967.
Aruri juga menggesa penduduk al-Quds untuk menentang dasar yang diamalkan oleh Ben-Gvir dan pegawai Zionis lain, termasuk merobohkan rumah Palestin dan pendudukan tanah mereka.
Beliau juga berkata bahawa api penentangan belum dipadamkan di Tebing Barat, sebaliknya ia semakin menyebarluas.
“Hamas berdiri di belakang, menyokong dan meluluskan sebarang tindakan penentangan yang berlaku di Tebing Barat,” tegas beliau.
Ketegangan telah meningkat di wilayah yang diduduki sejak akhir Disember 2022, apabila Benjamin Netanyahu kembali berkuasa sebagai ketua kabinet paling kanan rejim yang pernah menduduki itu.