Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan PAS Terengganu cakna kebajikan semua kaum

40
SHARE

DUNGUN – Kerajaan PAS Terengganu sangat mengambil berat dan cakna kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata bantuan yang diagihkan tidak bermusim.

“Macam hari ini, lebih 300 orang kaum Tionghua yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya(OKU) di seluruh Dungun menerima wang tunai sebanyak RM50 seorang, walaupun Tahun Baharu Cina dah lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus berakhirnya Majlis Prihatin dan Cakna Warga Emas , OKU dan Ibu Tunggal di Dewan Sivik Batu 5 di sini pada 8 Mac.

Majlis anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Dungun tersebut turut dihadiri ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Seorang penerima, Tan Lee Ngee, 70 terharu dengan kecaknaan kerajaan negeri walaupun Tahun Baharu Cina sudah lama berlalu, kerajaan tetap memberi sumbangan.

“Mana lagi hendak cari kerajaan prihatin macam ni kepada orang cina, duit dapat, makananpun dapat” katanya.

Cikgu Alias(berkopiah) diapit Tan Lee Ngee(berbaju batik), Serena, Lee Ka Yam(sebelah Serena)

Sementara itu Lee Ka Yam 78 berterimakasih kepada kerajaan yang tidak pernah lupa golongan warga emas sepertinya.“Saya dah tidak ingat ini kali ke berapa saya dapat tetapi setiap tahun saya pasti dapat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah berkenaan, Serena Lim Abdullah berkata negeri bawah pemerintahan Islam semua rakyatnya dilayan adil dan saksama.

“Walaupun Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini majoriti non-mslim tidak menyokong PAS tetapi sebagai kerajaan yang mengamalkan Islam dalam pemerintahan maka Kerajaan PAS Terengganu memberi keadilan kepada semua kaum tanpa mengira agama, bahasa dan fahaman politik,

“Jadi kita harap Pilihan Raya Negeri(PRN) nanti, mereka akan terbuka hati untuk memberi undi mereka kepada PAS,” ujarnya lagi sambil mengucap terimakasih diatas kesudian Cikgu Alias dan Cikgu Wan Hapandi yang sudi menyantuni mereka yang hadir ke majlis tersebut.