Home Berita PAS Sabah

Pemukiman SRITI Al Falah perkasa pengurusan

278
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
5 Mac 2023

KUNAK: SRITI Al Falah mengadakan Pemukiman Pengurusan dan Guru selama dua hari di Kunak Guest House, di sini berakhir semalam.

Menurut Timbalan Pengarah 2 Sektor Akademik, Jabatan SRITI Negeri Sabah, Arraffie Asgari, program itu bertujuan untuk memperkasakan pengurusan sekolah bagi mengatasi hal-hal berbangkit di masa akan datang.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah memantapkan sistem pemfailan pengurusan sekolah, data yang lebih sistematik dan penguasaan guru dalam teknologi.

“Program-program yang akan dijalankan perlu lebih sistematik dan adanya post-mortem setelah selesai program untuk memastikan penambahbaikan program yang akan datang,” katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu dalam ucapan penutupan.

Selain itu, beliau turut menjelaskan peranan guru dalam pentadbiran dan merangka takwim penuh bagi sesi persekolahan.

Program itu telah disertai oleh 11 orang jawatankuasa Ahli Lembaga Pengurusan SRITI Al Falah termasuk guru-guru SRITI Al Falah.