Home Berita PAS Sabah

Muhasabah diri dalam perjuangan demi ummah

186
SHARE

 

Oleh: Fatiha Mohammad
22 Februari 2023

Kinabatangan: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan kali ke – 14 telah berlangsung di Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) Kinabatangan, pagi tadi.

Kehadiran perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini merekodkan kehadiran perwakilan yang sangat menggalakkan daripada semua cawangan di Kinabatangan.

Mantan Ketua Muslimat PAS Kinabatangan, Izzah Innah dalam ucapannya menyeru semua ahli untuk meneliti diri dari semasa ke semasa agar dapat menghayati dan mentaati nilai ajaran islam yang menjadi intisari dakwah kepada masyarakat.

“Walaupun berlaku perdebatan dalam mencari kebenaran maka berhujahlah dengan isi-isi yang baik serta disulami dengan adab sopan, kerana akhlak yang baik itu menjadi cerminan kepada wajah islam yang sebenar,” jelasnya.

Beliau juga menekankan bahawa tugas dan tanggungjawab semakin besar, oleh itu setiap perbezaan pandangan hendaklah bersifat ke arah jalinan persefahaman dalam usaha menyatukan ummah.

Tambahnya lagi, amanah kerja perjuanganan terletak di bahu semua, oleh itu setiap ahli perlu melaksanakan tugasan dengan istiqamah dan bekerjasama.

“Jangan biarkan sahabat buat kerja berseorangan, sebaliknya kita perlu saling lengkap melengkapi dengan menghulurkan tangan dalam membantu dalam apa jua keaadaan,” ujarnya.