Home Berita PAS Sabah

Tekankan pendidikan seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi

167
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
20 Februari 2023

SANDAKAN: Majlis Ihtifal Kecemerlangan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Imam Al-Bukhari telah diadakan di Hotel Pavilion, Bandar Labuk Sandakan, di sini semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Libaran, Aqmady Hamsi menekankan kepentingan pendidikan yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi.

“Islam bukan setakat hanya memandang dari sudut aspek fizikal semata, namun menerapkan pemantapan akhlak dan keimanan.

“Barat dan Islam mempunyai persamaan dalam aspek kepentingan pendidikan khususnya di awal usia. Namun bezanya dari penerapan pendidikan itu sendiri,” katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ketika merasmikan majlis.

Menurutnya lagi, program tersebut bertujuan untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan pelajar SRITI berkenaan.

Seramai 48 orang pelajar menerima anugerah sempena majlis berkenaan berdasarkan pencapaian akademik mereka.

Antaranya Anugerah Kehadiran Terbaik, Subjek Akademik Terbaik, Subjek Agama Terbaik, Hafalan Terbaik, Sahsiah Terbaik, Ibu Bapa Prihatin serta Anugerah Khidmat Guru Cemerlang.

Sementara itu, Anugerah Tokoh Pelajar telah dinobatkan kepada Azwar Syahmil Azmi atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem dan Ahli Lembaga Pengurus SRITI Imam Bukhari, Mohd Khairul Syams Nurdin.