Home Berita PAS Sabah

Anak-anak PASTI sejak kecil didedahkan dengan Al-Quran dan Hadis

225
SHARE

Oleh : Asikin Ahmad
13 Februari 2023

KALABAKAN: PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan telah mengadakan Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI kawasan Kalabakan bagi sesi 2022, di sini, semalam.

Seramai hampir 200 orang pelajar dan ibu bapa murid 4, 5 dan 6 tahun mewakili 9 buah PASTI hadir meraikan murid yang menamatkan pembelajaran sesi 2022 dan murid yang mendapat keputusan yang cemerlang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kalabakan, Razman Roslee, merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memilih PASTI sebagai medan didikan awal anak-anak.

“Anak-anak PASTI sejak kecil didedahkan dengan al-Quran dan hadis serta diajarkan kepada mereka tentang syariat islam sejak kecil. Hal ini amat penting bagi membina jiwa dan peribadi mereka agar tumbuh menjadi insan yang bermanfaat kelak,” katanya ketika merasmikan majlis.

Turut hadir Pengarah Program, Kamran Baharon, Pengerusi PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan, Jupri Ahmad dan Pengurus PASTI Usman Madeaming.

Majlis tersebut turut dihiasi dengan persembahan daripada para pelajar PASTI iaitu, bacaan surah Al-Mulk, ikrar PASTI, nasyid dan ucapan wakil pelajar.