Kelakuan bebas yang melampaui batas akan mengakibatkan sendiri atau berkumpulan terbabas dari landasan agama yang ditetapkan.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyebut firman Allah dalam kitab suci Al-Quran. “Pihak yang melawan Rasul seperti namrud, firaun dan lain-lain. Mereka ini, menuduh Rasul merosakkan orang ramai. Oleh sebab, para Rasul meminda cara jahiliah kepada islam. Cara hawa nafsu kepada cara yang diajar oleh Allah taala”,
“Rasul-Rasul memerintah supaya raja-raja ikut arahan Allah. sedang mereka mencipta hukum yang dibuat sendiri. Inilah yang mereka anggap kemajuan. kebebasan yang dianggap kebaikan buat mereka”, ulasnya.
Tuan Guru menegaskan, “Hukum Allah ini banyak sekatan-sekatannya. Lalu mereka menganggap hukum Allah yang dibawa oleh Nabi-Nabi ini merosakkan mereka. Mereka tuduh menyekat kebebasan mereka”,
Tambah beliau lagi, “Nak minum arak, berjudi, berzina, melakukan perkara haram semua tidak boleh. Mereka nak supaya biar boleh semua, itu yang mereka mahu. Mereka nak diatas nama kebebasan.
Ahli Parlimen Marang memberi kefahaman kepada kita supaya mesti faham apa itu makna kebebasan. Kebebasan itu, kita boleh buat apa sahaja yang mendatangkan manfaat dan tidak membawa mudharat.
Beliau memberi tamsilan kepada kita tentang ambil lesen.
Beliau berkata, “Bila kita ambil lesen kereta. Apabila boleh lesen, kita bebas bawa kereta. Makna bebas itu, ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Bukan langgar ikut suka. Kalau langgar ikut suka, itu bukan bebas itu babas”,
“Mereka menganggap babas itulah bebas. Lalu dituduhnya Nabi-Nabi membawa kepada kerosakan”, ceritanya dengan penuh kekesalan.
Tuan Guru memberi gambaran kepada kita bahawa ‘Toghut’ ini sangat bahaya. Sama ada ianya adalah berseorangan atau berkumpulan. Yang memaksa manusia supaya menerima selain daripada Islam. Bahkan lebih menyesatkan apabila ‘Toghut’ itu berkuasa. Inilah dia cabaran yang paling hebat yang dilalui oleh Rasul-Rasul dan orang-orang Islam yang bersama mereka.