Home Berita PAS Terengganu

Tidak ada perubahan kerajaan campuran PHBN

353
SHARE

Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 sudah ldua bulan berlalu, tiada sebarang perubahan pemerintahan di bawah kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Malah kata Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), kos sara hidup rakyat masih tinggi.

To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, setakat hari ini pentadbiran lembap dan semua perkara masih di peringkat perbincangan.

“Harga barang masih tidak turun dan bahkan bekalan barang utama seperti telur tidak penuhi pasaran.

“Import barang dari luar tidak selesai masalah seperti telur sedangkan Malaysia adalah antara negara pengeluar dan pengekspot telur dunia,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, masalah utama kerajaan gagal mengawal pihak kartel yang menguasai dan memonopoli bekalan dan harga barang seperti telur.

Dan tambah beliau, kos sara hidup yang sangat berkait bahan api seperti petrol dan tarif letrik.

“Kita tengok nanti sejauh mana kerajaan boleh pertahan harga petrol dan tarif letrik. Jika naik, kos sara hidup akan meningkat lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Terengganu siap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan bila-bila masa sahaja.

“Jentera muslimat lebih memperkemaskan dan memantapkan lagi gerak kerja PRN.

“Walaupun ada yang berpendapat masa yang lama akan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) melaksanakan agenda-agenda dan propaganda kerajaan pusat untuk memenangi negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar para pengundi untuk lebih bersedia balik mengundi bagi mempertahankan kerajaan Terengganu yang ada sekarang.

“Sebagaimana apa yang dijanjikan dalam manifesto (PHBN) dan sewaktu pemimpin mereka berceramah dalam kempen PRU 15 baru-baru ini dengan apa yang telah mereka lakukan bila dah jadi kerajaan.

“Kerajaan sekarang yang ada akan dinilai oleh rakyat,” tambah Zarani lagi.