Home Berita PAS Wilayah

Wangsa Maju rasmi serentak Mesyuarat Agung Cawangan

170
SHARE

MUHAMMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU,14 Jan: PAS Kawasan Wangsa Maju telah melangsungkan perasmian serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Wangsa Maju, di sini kelmarin.

Majlis yang menghimpunkan semua ketua dan ahli-ahli Jawatankuasa daripada 20 PAS Cawangan itu disempurnakan perasmian oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB Tuan Guru Zulkiflki Ismail.

Dalam ucapannya, beliau menggariskan semula kefahaman mengenai PAS sebagai Gerakan Islam dan bukannya semata-mata parti politik, di mana berperanan melakukan tajdid terhadap negara.

“Ada medan pertemuan untuk kukuhkan ukhwah. Kita bersyukur dapat kembali berjumpa seperti ini, untuk kita tautkan kembali ukhwah persaudaraan di antara kita,” katanya.

YB Tuan Guru Zulkiflki Ismail mengingatkan semua hadirin untuk urus organisasi cawangan, siap jentera seluruh peringkat, laksana arahan yang diberi, dekati santuni rakyat, dan sampaikan maklumat.

“Dengar orang cerita tak betul, kita perbetul, sekiranya kita tak ada maklumat, kita tanya orang yang ada maklumat,” tambahnya.

Di akhir ucapan beliau, YB Tuan Guru Zulkiflki Ismail turut mengucapkan tahniah kepada kawasan dan cawangan-cawangan melaksanakan mesyuarat agung dan melaksanakan tugas arahan selepas ini.

Manakala itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud terus merangsang agar solidariti ahli PAS Kawasan itu bekerja lebih keras memaksimakan faktor kemenangan di Parlimen Wangsa Maju pada PRU akan datang.