Gambar: suara.com
Detik Waktu, Putaran Masa
A. Nazim
Berdetik detik jam berputar,
Berputar masa berputar,
Terkaku seketika,
Tiada gerakan,
Bangkit dengan jiwa yang kuat,
Jatuh layu umpama ranting kayu,
Masa telah berlalu,
Usia pun telah maju,
Sana seperti jam masa,
Jam masa berputar,
Berputar masa umpama roda,
Sana hidup kita,
Umpamanya roda,
Naik turun …
Entah di atas di bawah,
Masa yang lalu tamat,
Masih menatap …
Dan meratapi nasib sebegitu,
Dari bayangan yang lalu,
Berdetik jam …
Berputar masa …
Azamku rela mempertahankan maruah,
Dari hidup diperhamba,
Takkan diam, kaku …
Takkan goyah jiwa Ini,
Kerana aku Hamba-Nya Yang Satu,
yang rela berkorban,
Demi agama, bangsa dan negara.
Kompleks Sejarah, 36800 Kampung Gajah, Perak
15-12-2011