Home Berita PAS Terengganu

RM25K KHIDMAT Johor untuk mangsa banjir DUN Rantau Abang

92
SHARE

DUNGUN – Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia(KHIDMAT Malaysia) Johor yang dihantar membantu mangsa – mangsa banjir di DUN Rantau Abang turut menyumbangkan barang-barang yang bernilai lebih RM25,000.

Mengulas lanjut, Pengerusinya, Ab Aziz Abdullah berkata rombongan seramai 50 orang itu telah membawa bersama barangan elektrik, dapur gas, kain batik dan barangan dapur untuk diagihkan sepanjang lima hari berada di situ.

“Semuanya adalah sumbangan derma daripada orang ramai yang prihatin di Johor,

” Apa yang sangat mengharukan bila ada juga orang ramai yang kami temui sepanjang perjalanan ke Dungun, turut menghulurkan wang ringgit kepada kami setelah mengetahui rombongan ini akan membantu mangsa – mangsa banjir di Dungun,” katanya.

Beliau ditemui ketika sedang menyiapkan 250 bungkusan barangan dapur di PASTI Jalan Intan di sini hari ini.

“Kami juga turut membantuc membersihkan rumah-rumah mangsa banjir dan mengadakan dapur rakyat dengan kerjasama petugas – petugas PAS DUN Rantau Abang,” jelasnya.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun melahirkan rasa gembira yang tidak terhingga diatas kehadiran rombongan tersebut.

” Saya ingin merakamkan ucapan terimakasih diatas kehadiran mereka yang terlibat dari membersihkan rumah, memasak dan mengagihkan sumbangan, Jazakumullah,” katanya.