Home Berita PAS Sabah

PAS tinjau kerja penyelenggaraan pembetungan air kumbahan

82
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
22 Disember 2022

SANDAKAN: PAS Sandakan telah turun meninjau kerja-kerja penyelenggaraan air kumbahan di Apartment Sim-sim, Sandakan kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, tinjauan di buat setelah pihaknya membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) Cawangan Sandakan di pejabatnya.

“Alhamdulillah, setakat ini kerja-kerja yang dilakukan oleh JPP berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita.

Staf JPP yang tengah melakukan penyelenggaraan.

Tambahnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan, mengikut penerangan yang diberikan oleh JPP, air kumbahan yang telah tersumbat ini berpunca daripada terlalu banyak kotoran yang menutupi saluran kumbahan tersebut.

“Mudah-mudahan masalah ini dapat diselesaikan dengan secepatnya demi kesejahteraan rakyat terutamanya yang tinggal di perumahan ini,” tambahnya.

Turut hadir bersama Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain.