Home Berita PAS Sabah

PAS rai perayaan Winter Solstice bukti dekat dengan masyarakat bukan Islam

479
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
20 Disember 2022

SANDAKAN: PAS Kawasan Batu Sapi meraikan perayaan winter solstice dengan memberikan bebola manis kepada masyarakat cina di Kampung Kombo dan Tanah Merah dekat sini Ahad lalu.

Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu berkata pemberian bebola manis tersebut membawa maksud bahawa PAS sentiasa dekat dan turut prihatin dengan semua kaum termasuklah golongan bukan Islam.

Norsah beramah mesra dengan masyarakat cina

“Alhamdulillah kami dapat melaksanakan edaran bebola manis kepada masyarakat Cina sempena perayaan Winter Solstice yang disambut setiap tahun.

“Program ini juga bukan sekadar untuk meraikan mereka tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni,” katanya ketika ditemui pemberita.

Salah seorang masyarakat Cina, Chow Kon Fook menzahirkan penghargaan kepada PAS atas inisiatif yang baik bagi memperingati perayaan tersebut.

“Saya berharap dengan aktiviti seperti ini, dapat menjalinkan perpaduan disamping membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemu bual.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS, Isaac Wong Kah Kiet dan Timbalan Yang DiPertua PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem.