Home Berita PAS Terengganu

Banjir Terengganu makin teruk

54
SHARE

KUALA TERENGGANU – Banjir di negeri ini semakin teruk apabila mangsa meningkat kepada 17,515 mangsa daripada 5,013 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata jumlah mangsa tersebut terdiri daripada semua daerah dalam negeri ini.

Katanya, Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 5,726 orang daripada 1,799 keluarga yang ditempatkan di 50 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam daerah berkenaan.

“Di daerah Besut pula merekodkan jumlah mangsa seramai 4,525 daripada 1,243 keluarga.

“Manakala daerah Kemaman dan Setiu masing-masing mencatatkan jumlah 2,973 dan 2,412 mangsa yang melibatkan 770 dan 722 keluarga,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Tambahnya lagi, daerah Dungun dan Kuala Terengganu juga meningkat kepada 1,083 dan 277 mangsa daripada 284 dan 66 keluarga.

Sementara itu, Marang dan Kuala Nerus pula mencatatkan 263 dan 256 mangsa daripada 48 dan 21 keluarga yang di tempatkan di lima PPS dalam daerah tersebut.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.