Home Berita PAS Terengganu

Bekalan elektrik terpaksa diputuskan di Kemaman

37
SHARE

KEMAMAN – Bekalan elektrik di beberapa kawasan di daerah ini terpaksa diputuskan seawal jam 4 pagi hari ini selepas air akibat hujan lebat memasuki kawasan Pencawang Masuk Utama (PMU).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pihak dan petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga kini sedang bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja membaik pulih.

“Hampir 20,000 orang pengguna dari kawasan Kampung Geliga, Kampung Air Puteh dan Kampung Neram terjejas bekalan elektrik awal pagi tadi.

“Sehingga petang ini, sebahagian pengguna iaitu sekitar 10,000 orang sudah dapat bekalan elektrik tersebut,” menurutnya dalam satu kenyataan media di laman Facebook miliknya pada hari ini.

Tambah Hanafiah, pihaknya menjangkakan bekalan tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.

“Orang ramai diminta bersabar kerana kerja membaik pulih sedang dijalankan dengan baik oleh petugas-petugas TNB,” katanya.