LENGGONG: Pertandingan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) 2022 adalah medan melahirkan generasi yang akan menjaga agama dan negara.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata demikian ketika merasmikan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Negeri Perak, baru-baru ini.
“Kalau nak tengok masa depan masyarakat kita, lihatlah pemuda pada hari ini, lihatlah bagaimana kita mengatur ganerasi yang mendatang,” katanya lagi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Gunong Semanggol.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Hafiz Sabri mendakwa MAIS kali ini berjaya membina ukhwah dan nikmat silaturahim antara SRITI seluruh Negeri Perak.
“MAIS ini antara tujuan lainnya adalah mahu mencungkil bakat dan membentuk anak-anak kita menjadi insan soleh pintar rabbani dan murabbi daripada sekarang untuk masa depan negara,” jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi.
Dalam pertandingan MAIS kali ini, SRITI Genius Aulad, Bidor telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan meraih 4 emas daripada 9 acara yang dipertandingkan.
Manakala SRITI Hidayatul Quran, Lenggong dan SRITI At-Taqwa, Lumut berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga yang meraih 3 emas dan 2 emas.
Pertandingan yang berlansung di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Lenggong itu telah melibatkan sebanyak 20 buah SRITI seluruh Negeri Perak.
Pengarah SRITI Negeri Perak, Azuan Ali Aziz, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung.
“Saya berharap bagi semua yang berjaya semoga kejayaan tersebut dapat dijadikan kenangan manis dan pendorong semangat untuk berjaya dalam apa jua pertandingan yang disertai akan datang,
“Buat yang belum berjaya, tingkatkan usaha dan berlatih lagi bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di masa akan datang,” katanya lagi.