Home Berita PAS Terengganu

Mangsa banjir di Terengganu menyusut

72
SHARE

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu semakin nenyusut apabila hanya tinggal 199 orang sahaja yang masih berada di Pusat Permindahan Sementara (PPS) di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu berkata hanya tinggal tujuh PPS dibuka membabitkan enam daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut, Dungun dan Kemaman.

Katanya, Daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 83 mangsa daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS.

“PPS di Kemaman menurun kepada 23 mangsa daripada empat keluarga berbanding 305 mangsa daripada 74 keluarga pada semalam.

“Manakala di Darah Besut dan Setiu pula masing-masing merekodkan sebanyak 12 dan dua mangsa daripada tiga dan satu keluarga,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Sementara itu, di Kuala Nerus dan Dungun masing-masing mencatatkan sebanyak 54 dan 24 mangsa daripada 12 dan tujuh keluarga sehingga hari ini.

“Secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung,” jelasnya.