DUNGUN – Perikatan Nasional (PN) tidak menganggap tawaran 12 manisfesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’ sekadar janji manis
Mengulas lanjut, calon PN Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata manifesto adalah ‘ikrar’ yang wajib ditunaikan.
“Bagi orang politik kena ingat (dalam parti) orang politik tidak boleh sekali – kali mungkir janji, orang politik tidak boleh, tidak melaksanakan janji manifesto,” jelasnya.
Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap di Majlis Hi-Tea bersama Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoi Chai, di Kuala Dungun di sini petang semalam.
Turut sama hadir di program itu calon Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura, YB Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Kishnan, Ketua BERSATU Bahagian Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail dan Pengerusi Parti Gerakan Dungun, Tan Lee Ngee.
Dalam pada itu, sewaktu menyentuh manifesto PN, beliau berkata dalam banyak-banyak tawaran antara yang menarik dan bakal dinikmati oleh warga Dungun adalah kenaikan elaun guru Kelas Fardu Ain(KAFA) yang sebelum ini hanya dibayar RM1000 sebulan.
“Guru- guru KAFA antara insan yang cukup berjasa mendidik anak bangsa agar mengenal Islam,” ujarnya.
Selain itu, tambahnya lagi PN juga berjanji untuk serapkan guru KAFA secara tetap berperingkat-peringkat.
“Tawaran ini pasti akan menjadi satu harapan besar untuk memartabatkan profesion guru-guru KAFA.
” Semoga guru-guru KAFA di daerah Dungun dapat bersama-sama PN untuk membangun dan menjaga kebajikan setiap guru KAFA di Malaysia, ” ujarnya yang turut gembira dengan tawaran tersebut.