Home Berita PAS Sabah

PAS prihatin warga emas

135
SHARE

Oleh : Aizal Samsaruddin
7 November 2022

SANDAKAN: PAS Kawasan Sandakan sentiasa prihatin terhadap nasib warga emas yang terlantar sakit.

Salah seorang warga emas yang berumur 75 tahun itu telah terlantar dan tidak dapat bergerak hampir sebulan yang lalu.

Menurut anaknya Zahrah, sebelum ibunya secara tiba-tiba jatuh di halaman rumah, ibunya dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit.

“Lepas ibu saya jatuh terus dia tidak boleh bergerak dan terlantar sehinggalah sekarang,” kata Zahrah ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Lajnah Kesihatan sedang melakukan pemeriksaan kesihatan kepada warga emas.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, ini kali kedua ziarah dilakukan setelah mereka menziarahi mereka Isnin lalu di flat perumahan Taman Yeng Seng.

Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu warga emas tersebut mendapatkan rawatan.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, 10043010001846.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh memaklumkan kepada Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sandakan, Hadjabal Abu Saini di talian 0135404122.