Home Berita PAS Terengganu

Ustaz Alias ditentang tiga calon

214
SHARE

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Pilihanraya Umum Parlimen ke 15 kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru
di Kemaman apabila penyandang parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid ditentang tiga calon.

Parti Pejuang diwakili oleh Rosli Ab Ghani, Barisan Nasional oleh Ahmad Said manakala Pakatan Harapan diwakili oleh Hasuni Sudin daripada Parti Keadilan Rakyat dan Ustaz Che Alias Hamid mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab mengumumkan penerimaan kertas calon Ustaz Alias pada jam 10:30 pagi dan tiada kertas pencalonan yang ditolak.


Yang DiPertua PAS Kemaman itu memenangi kerusi parlimen Kemaman dengan 39,879 undi menewaskan penyandang terdahulu dari BN, Ahmad Shabery Cheek dengan majoriti 2,163 undi.

Beliau diiringi oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Hanafiah Mat sebagai pencadang dan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman Mohd Hafiz Adam sebagai penyokong.

Proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada 5 November, jam 9 pagi berjalan lancar dengan kehadiran ribuan penyokong masing-masing.

Ustaz Alias tiba di pusat penamaan calon yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada jam 8.30 pagi, barsama-sama kira-kira 3,000 penyokong.