Oleh Muhbib ‘Adni
LEMBAH PANTAI, 27 Okt: Seramai 100 keluarga masyarakat India di PPR Pantai Permai menerima sumbangan barangan makanan sempena sambutan Deepavali, semalam.
Tokoh masyarakat Lembah Pantai juga merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Lar Haji Fauzi Abu Bakar berkata, program tersebut dianjurkan untuk menyantuni masyarakat India sempena sambutan Deepavali di kawasan ini.
-
Ia merupakan hasil kerjasama pihak pengurusan PPR Pantai Permai dengan PAS Lembah Pantai dalam usaha membantu dan menambah keceriaan mereka bagi meraikan perayaan tersebut.
“PAS Lembah Pantai sentiasa mengambil cakna tentang kebajikan masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa.
“Ini menunjukkan PAS sebagai parti dominan orang Melayu Islam tidak pernah melupakan kebajikan bangsa lain walaupun berlainan agama kerana Islam mengajar untuk berbuat baik kepada sesiapa sahaja,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut.
“Kami juga ingin mengajak mana-mana pihak untuk bersama-sama membantu masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” ujarnya lagi.