Home Berita PAS Terengganu

Dakwa Anwar ‘Freemason’ satu fitnah

302
SHARE

Merujuk kepada suatu laporan berita dan petikan video ucapan Presiden PKR yang mendakwa kononnya Presiden PAS mengatakan beliau adalah ahli Freemason sedunia.

Pihak kami dengan ini terpanggil untuk menafikan dakwaan tersebut, malah untuk rekod Presiden PAS tidak pernah mengungkapkan tuduhan yang dikatakan itu.
Adalah ditegaskan menjelang PRU15 ini, PAS tetap menolak budaya politik fitnah, janji kosong dan tuduhan palsu yang tidak berasas sama sekali.

Benarlah pepatah Arab yang berbunyi,
ضربني وبكى، ظلمني واشتكى.
“Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu dizalimi.”

PEJABAT PRESIDEN PAS
Bertarikh: 29 Rabi’ul Awwal 1444 / 26 Oktober 2022