Home Berita PAS Sabah

106 asnaf terima sumbangan Misi Dakwah dan Kebajikan

200
SHARE

Oleh : Asreena Yun
26 Oktober 2022

KOTA BELUD: Seramai 106 buah keluarga asnaf muslim dan bukan muslim telah disantuni melalui Program Misi Dakwah dan Kebajikan Kota Belud baru-baru ini.

Program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah dengan kerjasama PAS Kota Belud dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) itu mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penduduk kampung di sekitarnya.

Menurut Pengerusi LKK PAS negeri, Ustaz Abdul Muein Mohd Noor, program yang berlangsung dua hari itu menepati sasaran tanpa mengira agama dan fahaman politik.

“Terima kasih atas kerjasama yang sangat baik daripada jawatankuasa kampung, penyumbang dan seluruh petugas yang menjayakan program ini,” ujarnya.

Turut hadir dalam program tersebut Timbalan Pengerusi 1 LKK PAS negeri, Nur Izzati Yusof, Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling dan Ustaz Adzmin Awang dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Ustazah Rosnani Omar.

Seramai lebih 100 orang penduduk kampung hadir memeriahkan program tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya serahan sumbangan berbentuk barangan dapur, sukaneka rakyat, pertandingan azan, edaran telekung percuma dan ceramah kekeluargaan.

PAS turut membuat penyerahan meja mandi mayat di Kampung Taburon.

Antara kampung yang terlibat dalam program itu ialah Kampung Kagurahan, Kampung Timbang, Kampung Sarang, Kampung Dudar dan Kampung Taburon.