Home Berita PAS Pulau Pinang

Anak muda isi borang PAS

122
SHARE

Oleh NIZAR AHMAD TAJUDIN

BATU KAWAN, 24 OKTOBER – Seramai 40 orang dalam kalangan anak muda yang berumur sekitar 18 hingga 30 tahun mengisi borang permohonan keahlian PAS di sini, semalam.

Mereka terdiri daripada pemain dan penonton berbuat demikian di kaunter PAS Pilihanku yang dibuka sempena Kejohanan Sepak Takraw Piala Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Kawan.

Kejohanan julung kali adakan itu dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar.

“Sukan adalah medan untuk kita merebut pahala kerana tuntutan supaya sihat tubuh badan adalah tuntutan yang dianjurkan oleh agama,” ujarnya.

Beliau juga mengingatkan anak muda harus cakna kepada isu semasa yang berlaku dalam Malaysia dan menghindarkan diri dari segala yang buruk untuk agama dan bangsa,

“Anak muda perlu menjadi benteng kepada Islam bukan ejen dan talibarut yang menyalurkan maklumat kepada Yahudi,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS membuka ruang seluasnya kepada anak muda yang cintakan agama dan bangsa untuk menjadikan PAS sebagai wadah politik mereka.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Jawa, Perai.