Home Berita PAS Sabah

Ziarah MOSWAY bukti PAS sentiasa prihatin kebajikan rakyat

160
SHARE

 

 

Oleh : SITTI SAIDAH BINTI OSMAN

11 Oktober 2022

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan telah mengadakan Program Ziarah MOSWAY (miskin, orang kurang upaya, sakit, warga emas, ‘armalah’ dan anak yatim) dan menyampaikan bantuan kepada 40 buah keluarga di Kampung Sailan, Putatan.

Program tersebut bertujuan untuk menyantuni golongan MOSWAY di samping memberikan sumbangan keperluan asas harian.

Program ini dihadiri oleh Dr. Aliakbar Gulasan, ADUN Sabah (Dilantik) sekali gus menyampaikan sumbangan tersebut kepada para penerima.

Dalam ucapannya Dr. Aliakbar meningatkan kepada hadirin untuk bersama melazimi selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta kepada kekasih Allah.

“Sebagai tanda menzahirkan kegembiraan bsrsempena dengan Maulidur Rasul, kami berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan,” ujar Dr. Aliakbar.

Dr. Aliakbar berharap agar program seumpama ini dapat membantu meringankan beban masyarakat di sekitar Putatan.

Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar lebih ramai lagi yang beroleh bantuan.