Home Berita PAS Pulau Pinang

Ameerah Care Pulau Pinang

859
SHARE

Oleh Nur Khadija

PULAU PINANG, 21 JUN 2017: Ameerah Negeri Pulau Pinang telah mengambil pendekatan untuk bersilaturahim dengan masyarakat di sekitar Pulau Pinang. Sebagaimana yang telah tercatat di dalam hadith Nabi Muhammad SAW riwayat Imam Bukhori,

Dari ANAS BIN MALIK r.a, Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya (kebaikannya) maka bersilaturahimlah.”

 

Pergerakan ini dimulakan dengan menyantuni kakitangan dan guru- guru Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI) serta sekolah-sekolah di bawah PAS bersempena Syawal yang bakal menjelang.

Program ini telah dijalankan pada 21 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadhan 1438H yang lalu dan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Edaran “kit Ramadhan” ini sebagai tanda ingatan ikhlas atas penerimaan kunjungan dari Ameerah Negeri Pulau Pinang.  

Program ini turut dihadiri pimpinan dari Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang (DMPNPP) bagi meraikan kakitangan sekolah dan guru-guru wanita terutamanya yang berada di sekolah-sekolah bawah pengelolaan PAS. DMPNPP menyokong penuh dan memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Pimpinan-pimpinan Dewan Muslimat setiap kawasan turut sama membantu kelancaran program ini.

Ameerah Negeri Pulau Pinang bersama-sama DMPNPP mengadakan kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan program ini.
Antara tujuan utama Ameerah Care adalah mewujudkan hubungan baik di antara DMPNPP dengan petugas PAS dalam kalangan kakitangan dan guru-guru PASTI dan sekolah- sekolah di bawah PAS seperti SRITI, SRIBU, AQSA DAN SRIA.

Semoga usaha baik ini dapat diterima oleh masyarakat setempat untuk memenangkan parti PAS Negeri Pulau Pinang pada kali ini bagi memartabatkan syiar Islam di negeri ini.