Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor
TELUK INTAN,12 September : Dewan Muslimat komited mendekati masyarakat dengan menganjurkan program 10 Ribu Langkah Kemerdekaan bertempat di Kampung Padang Tembak, baru-baru ini.
Terdahulu program yang sama telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Cawangan Batak Rabit (lantas) meneruskannya ke cawangan ini.
Pendaftaran peserta seramai hampir 40 orang Muslimat seawal jam 7.30 pagi disusuli dengan sarapan ringan, acara memanaskan badan serta ucapan perasmian oleh Yang DiPertua PAS, Mohd Azhar Rafaei.
“kesungguhan Muslimat menganjurkan program seumpama ini sebagai tanda kasih dan sayang terhadap negara (namun) kecintaan terhadap Islam adalah yang lebih utama,” jelas beliau dalam ucapan perasmiannya.
Para peserta diraikan dengan 38 buah hamper sebagai cabutan bertuah yang disampaikan oleh Ketua Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Teluk Intan, Mohd Sabri Mohd Jusoh.
Turut hadir, Ketua Muslimat, Robia’ton Mohd Abas, Ketua Cawangan Padang Tembak, Abidin Syarif, JMC Padang Tembak, Azizah Hamdan serta ahli jawatankuasa yang lain.