Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor
Teluk Intan,9 September : Dewan Muslimat Teluk Intan telah menyumbangkan sebuah komputer riba kepada adik Nur Fadhilah Norazizi,di rumahnya di Sungai Gading, Tapah, Perak, baru-baru ini.
Nur Fadhilah, 18 tahun merupakan anak ke 5 daripada 8 orang adik beradik telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Universiti institut teknologi MARA (Uitm) Merbok, Kedah awal Oktober nanti.
Keluarga ini telah kehilangan ayah mereka, Norazizi Mohamed Tajuddin, akibat serangan jantung, beberapa bulan lalu.
Menurut ibunya, Norsuzilawati Abdullah, 47 tahun, bantuan sebanyak RM500 diterima secara bulanan (namun) masih belum mencukupi (tambahan) lagi untuk tujuan persekolahan 6 orang anak-anaknya.
“Semoga dengan bantuan ini dapat menguatkan lagi semangat Fadhilah untuk belajar dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan,” kata Ketua Muslimat, Robia’ton Mohd Abas ketika menyerahkan sumbangan tersebut.
Turut hadir, Timbalan Muslimat, Hamisah Abas, Naib Ketua Muslimat, Sisriyati Sahari serta ahli jawatankuasa yang lain.