Perutusan Eidulfitri 1438H
PAS Kawasan Klang
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
[Surat Al-Baqarah 185]
1. Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh umat Islam khususnya di Kawasan Pelabuhan Klang kerana berjaya mengharungi arahan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melakukan apa jua suruhannya dan meninggalkan segala larangannya serta terus istiqamah melakukan kebaikan yang diamalkan sepanjang Ramadhan.
2. Kita berkeyakinan bahawa hanya Islam mampu memberikan kesejahteraan serta keadilan kepada ummah baik dikalangan umat Islam mahupun yang bukan Islam. Dari asas ini, marilah kita sama-sama mewarisi dan meneruskan perjuangan generasi terdahulu yang istiqamah memperjuang dan mempertahankan Islam.
3. Ramadhan tahun ini selain dengan “pesta” ibadah, terpahat sejarah berharga apabila sebahagian dikalangan kita kehilangan pelajar dan ahli keluarga telah membenarkan janji mereka pada Allah. Masih terasa keberadaan dan dan pemergian mereka dalam peristiwa kemalangan yang berlaku. Walaupun diselubungi kesedihan namun terakam rasa bangga buat mereka bahawa dagangan mereka dibeli oleh Allah SWT. PAS Kawasan Klang menjadi saksi saat mereka berangkat menunaikan tanggungjawab serta redha saat mereka telah dijemput Allah SWT bagi mengecapi syahid yang diulang laung dalam bait-bait lagu amal yang dinyanyikan.
4. Buat ahli keluarga mereka, kami ucapkan takziah dan bersabarlah dengan dugaan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Pasti ada hikmah besar dalam menempuhi dan menghadapi ujian tersebut sementelah kelebihannya sememangnya telah dijanjikan Allah SWT.
Orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama dari golongan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha pada mereka dan merekapun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya itulah kemenangan yang besar (At Taubah 100).
5. Dalam kesempatan ini, mewakili PAS Kawasan Klang menyeru kepada seluruh pengguna jalan raya terutama anak-anak muda agar mematuhi had laju dan garis panduan yang ditetapkan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini saat meraikan hari bahagia bersama keluarga. Kami mendoakan segala urusan kita diiringi dengan rahmat dan lindungan dari Allah.
Raikan Eidulfitri dengan ketaqwaan kepada Allah
“Sejahtera Bersama Islam”
Ust Khalid Nayan
Yang Dipertua
PAS Kawasan Klang