Home Berita PAS Terengganu

Jadilah ahli seperti air kolah

71
SHARE

Foto: Team Media Dungun

DUNGUN – Ahli Parti Islam Se-Malaysia(PAS) diseru supaya menjadi seperti air kolah yang keladaknya berkumpul di bawah dan tidak berlegar di permukaan air.

Perumpamaan tersebut disuarakan oleh Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sambil memberi ingatan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan parti tetapi tetap akur.

“Bila pimpinan dah buat keputusan biar kita jadi air koloh, ada keladaknya di bawah, ada yang tidak puas hati, tapi dia turun ke bawah walaupun tidak setuju, walaupun tidak selesa, tapi bila pimpinan sudah buat keputusan, dia tetap dengar dan patuh (‘sami’ na wa ato’ na’),

“tapi kalau kita kacau air itu, keladaknya akan naik, tak selesa airnya untuk kita berumur, tidak selesa kita masukkan ke dalam hidung apalagi untuk kita basuh muka, kekotorannya akan melekat pada muka kita,” katanya

Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Mesyuarat Agung TAHUNAN Kali ke-63 PAS Kawasan Dungun di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini semalam.

Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Dato Ustaz Ahmad Yahaya.

Sambungnya lagi, setiap keputusan pimpinan mesti diterima.

“Ingat ini adalah pengajaran yang Allah ajar kepada kita, kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di masa akan datang,” ujarnya lagi.