Oleh : RR
KUALA TERENGGANU – Betapa pentingnya agen penerangan muslimat memahami dan memantapkan kefahaman mengenai isu semasa yang berlaku di sekeliling agar setiap apa yang ingin di sampaikan kepada masyarakat tepat, jelas dan benar.
Ketua Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) Maznah Maftahuddin berkata, ia bertujuan untuk menjelaskan kebenaran.
“Syukur dan syabas diucapkan hadir kerana inilah tanggungjawab kita dan tugas sama-sama demi kepentingan menjaga parti, kerajaan dan jemaah kita pada hari ini.
“Mudah-mudahan insya Allah kita kembali dengan membawa info-info yang dimanfaatkan seterusnya dapat dihebahkan di kawasan masing-masing,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program taklimat dan pengolahan isu semasa yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada Sabtu, 16 Julai yang lalu.
Menurutnya, agen penerangan menggalas satu tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan maklumat terkini melalui saluran yang betul.
“Inilah semangat untuk sama-sama pikul tanggungjawab ini tanpa sahabat mungkin kaku dan lesu macam mana nak teruskan dan nak laksanakan tugas yang besar ini sedangkan hari demi hari setiap detik kita rasakan kita di hujung tanduk.
“Kerajaan kita hadapi pelbagai tekanan dan ancaman samada dalam parti sendiri ataupun diluar serta banyak isu-isu di sekitar kita dan isu kerajaan pada hari ini serta isu pimpinan,” ujar beliau.
Justeru itu, beliau mengharapkan agar para muslimat agar manfaatkan mana-mana program dengan menampilkan diri ke hadapan dan duduk di posisi masing-masing dengan belajar menguasai ilmu.