Oleh : Nur Marlyannah Umar
20 Julai 2022
LAHAD DATU : Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu menerima kunjungan rombongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu, di sini hari ini.
Dengan kunjungan itu dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah dengan SRITI Tahfiz, khususnya dalam aspek pendidikan terutamanya berkaitan urusan yang melibatkan sekolah dan PPD.
Pertemuan yang diadakan di SRITI Tahfiz tersebut membabitkan tiga orang pegawai PPD yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Chai Yapp Chien.
Dalam pertemuan itu juga, Chai berkongsi maklumat mengenai matlamat, pencapaian serta cadangan yang boleh diambil oleh SRITI bagi memperkemaskan lagi dari sudut pendidikan.
Guru Besar SRITI Tahfiz, Razik Tan amat berbesar hati dengan kunjungan daripada PPD, secara tidak langsung dengan pertemuan itu dapat menjadi inspirasi dan semangat untuk mempertingkatkan lagi taraf pendidikan sekolah.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Pengerusi SRITI Tahfiz Lahad Datu, Mohd Zaki Ibrahim.