Oleh : Nur Syarifah Arifin.
Tawau : Kontinjen PASTI Zon Tawau berjaya menjadi Johan keseluruhan pada Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring ( BSBJ) PASTI Negeri Sabah yang diadakan pada hari Ahad baharu ini bertempat di Gelanggang Tawau Futsal Centre.
Johan bagi Pertandingan Bola Sepak disandang oleh PASTI Zon Pedalaman, Naib Johan , PASTI Zon Sandakan manakala tempat ketiga bagi Kumpulan A Zon Tawau dan tempat ketiga Kumpulan B dari PASTI Zon Kota Kinabalu.
Pemain Terbaik acara Bola Sepak dianugerahkan kepada Izz Khalish Danial Bin Samul dari PASTI Zon Pedalaman
Penjaring terbanyak pula dianugerahkan kepada Muhammad Adyan Rayzeel Bin Mohd Kamalzan juga dari Pasti Pedalaman.
Manakala johan bola jaring disandang oleh PASTI Zon Tawau, Naib Johan PASTI Zon Sandakan , tempat ketiga kumpulan A Zon timur dan ketiga kumpulan B Zon Tenggara.
Pemain Terbaik dianugerahkan kepada Raidah Aqilah Binti Jusrah, Penjaring Terbanyak dianugerahkan kepada Ulfa Binti Ahmad Zeb keduanya dari PASTI Zon TAWAU.
Ketua Pengarah PASTI Sabah , Cikgu Haji Karim Dullah dalam ucapannya berkata setiap pelajar PASTI adalah aset kepada PASTI yang perlu dicungkil bakatnya seawal usia bagi memberi pendedahan kepada mereka untuk kecemerlangan masa hadapan sebelum masuk alam sekolah rendah.
Majlis penutupan BSBJ itu telah di rasmikan oleh Ustaz Rosli Hasani, Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Sabah.
Ustaz Rosli mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru dan ibubapa atas usaha , kerja keras dan pengorbanan melatih anak-anak PASTI.
Ustaz Rosli juga menyatakan kejohanan tersebut sinonim dengan bulan mulia sekarang yang mengajar banyak erti pengorbanan.
“Sukan BSBJ ini bukan saja dapat mencungkil bakat pelajar tapi juga mengeratkan ukhwah sesama PASTI berlainan kawasan setelah 3 tahun kita dilanda ujian Covid dan tidak dapat membuat sukan ini secara bersemuka, tapi kali ini kita berjaya melaksanakan atas Izin-Nya” kata Ustaz Rosli.
YDP PAS Kawasan Tawau, Tuan Mohamad Husain telah turut hadir dalam kejohanan ini.