Home Berita PAS Terengganu

Skuad khas ‘Standby’ kutip sampah 24 Jam sehari

110
SHARE

KUALA TERENGGANU – Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) mengerakkan pasukan khas, ‘flying squad’ yang bersedia menerima arahan 24 jam sehari bagi menyelesaikan isu sampah di kawasan kritikal.

Datuk Bandarnya, Rosli Latif berkata, pasukan yang dianggotai 22 pekerja itu sudah mula bekerja mengutip sampah sejak isu sampah memuncak sebelum ini.

Katanya, kesemua mereka tidak diberikan kawasan pembersihan yang spesifik sebaliknya membantu kontraktor sedia ada di mana-mana lokasi.

“Melihat kepada situasi semasa, kita akan menambah lagi 15 orang staf dalam pasukan itu bagi melancarkan kerja kutipan sampah.

“Jika dilihat sekarang, isu longgokan sampah dapat dikurangkan, alhamdulillah, itu lah langkah segera yang kita ambil dalam menyelesaikan masalah ini, kesemua mereka bertugas secara ‘on call’,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Tong sampah kosong, tapi sampah tetap diletakkan di luar tong.

Menurut beliau, tong sampah tambahan yang dibeli menggunakan peruntukan kerajaan negeri baru-baru ini juga telah sampai dan diletakkan di zon-zon tertentu.

Katanya, MBKT juga akan meletakkan tong roro di kawasan-kawasan panas yang dikenalpasti mengalami limpahan sampah.

“Di peringkat kita, ini antara yang kita buat, tinggal lagi di peringkat bawah untuk membuang sampah ke dalam tong sampah dengan betul, kita harap tak ada yang letak sampah di luar tong walaupun tong kosong, kerana ini menyusahkan pekerja pembersihan,” jelasnya.

Tambah Rosli, menjelang sambutan hari raya Aidiladha nanti, pihaknya telah mempersiapkan pasukan bagi mengelakkan masalah sampah berulang.

Rosli.

“Kita dah buat jangkaan yang sampah akan bertambah mendadak pada hari raya korban.

“Alhamdulillah, syarikat alam flora telah memberi komitmen untuk menghantar pasukan bagi membantu kita melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Pasukan itu akan diselaraskan dengan pekerja kita, andaikata ada lambakan sampah di sesuatu kawasan, kita akan gerakan mereka dengan segera tak kira pagi, petang atau malam, insya-Allah kita boleh selesaikan masalah ini,” katanya.